AMSTERDAM 14 Okt. – Joachim Loew berdepan krisis terbesar sepanjang 12 tahun kariernya sebagai ketua jurulatih Jerman apabila mereka diaibkan 3-0 oleh Belanda dalam aksi Liga Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), hari ini. Bek tengah Liverpool, Virgil Van Dijk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-30, sebelum dua gol lewat permainan Memphis Depay (m-86) dan Georginio Wijnaldum (m-90) melengkapkan malam indah skuad Oranje di Arena Johan Cruyff, Amsterdam.…










