KUALA LUMPUR 23 Okt. – Penyanyi Liza Hanim akan tetap meneruskan saingan untuk lagu Mimpi di pentas separuh akhir Muzik Muzik pada 9 November depan walaupun sarat mengandung anak kelimanya. LIZA HANIM Tidak mengalami sebarang kesukaran sehingga ke saat ini, kata Liza, mempunyai tahap kesihatan yang baik juga memberi sebab untuk dia membuat persiapan terbaik. “Alhamdulillah kandungan saya sudah masuk 25 minggu, semuanya dalam keadaan baik. Saya juga masih kuat…










