KEMAMAN 9 Okt. – Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah ini setelah menahan lima lelaki dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM27,000 dalam Ops Tapis, di sini malam semalam. Selain 310 biji pil kuda dan 52 botol heroin yang ditemukan bersama wang tunai sebanyak RM3,300 yang dipercayai hasil daripada penjualan dadah, enam buah motosikal, sebuah kereta dan sebuah pacuan empat roda turut disita. Serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Kampung Padang, Kemasik dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Ketua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya