LHDN tidak hanya tumpu percukaian, malah tanggungjawab sosial - Utusan Malaysia

LHDN tidak hanya tumpu percukaian, malah tanggungjawab sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 9 Okt. – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bukan hanya memberi tumpuan terhadap soal percukaian tetapi tidak ketinggalan melaksanakan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Datuk Mohd. Nizom Sairi berkata, tanggungjawab sosial tersebut salah satu usaha untuk mendekati masyarakat supaya lebih dikenali.

Katanya, LHDN bukan sahaja agensi yang bertanggungjawab mengutip hasil negara malah dalam masa sama memastikan kemajuan masyarakat dan memberikan kesedaran berkaitan fungsi cukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah apa diperhatikan kadar purata pematuhan meningkat dari tahun ke tahun bersama kadar kutipan hasil, selain perkembangan ekonomi.

“Pada hari ini, sebanyak lima buah projektor yang merupakan alat bantuan mengajar disumbangkan kepada lima sekolah di sini dan kawasan Kota Samarahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat 2018 LHDN Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Satria Jaya, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah LHDN negeri, Ramlot Keli, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat, Rozina Shaik Osman Merican dan Pengarah LHDN Cawangan Kuching, Abdul Aziz Kechik.

Sekolah yang menerima sumbangan projektor itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Satria Jaya, SK Tan Sri Datuk Haji Mohamad, SK Pasir Pandak, SK Santubong dan SK Tambirat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sumbangan itu diharap sedikit sebanyak akan membantu para pendidik menerapkan nilai inovasi serta kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini