Lelaki UK mati ditikam isteri - Utusan Malaysia

Lelaki UK mati ditikam isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga United Kingdom mati akibat ditikam oleh isterinya sendiri dalam kejadian di sebuah banglo di Kampung Gelam Mukim Kedawang di Langkawi dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi itu, mangsa, John William Jones, 63, maut di lokasi kejadian selepas ditikam pada bahagian kanan dada menggunakan sebilah pisau oleh isterinya berusia 51 tahun yang juga warga United Kingdom.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang memaklumkan seorang lelaki ditikam di kampung tersebut.

“Sebaik anggota tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah dalam kea­daan berlumuran darah.

“Kakitangan perubatan dari Hospital Langkawi yang tiba mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN