ALOR SETAR – Seorang lelaki warga United Kingdom mati akibat ditikam oleh isterinya sendiri dalam kejadian di sebuah banglo di Kampung Gelam Mukim Kedawang di Langkawi dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi itu, mangsa, John William Jones, 63, maut di lokasi kejadian selepas ditikam pada bahagian kanan dada menggunakan sebilah pisau oleh isterinya berusia 51 tahun yang juga warga United Kingdom. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd.…










