Lelaki cedera selepas ditembak di perut - Utusan Malaysia

Lelaki cedera selepas ditembak di perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 15 Okt. – Seorang lelaki cedera dibahagian perut selepas ditembak oleh seorang individu tidak dikenali di Persiaran Tropicana, Kota Damansara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.50 petang tadi ketika mangsa berusia 35 tahun baru selesai membeli rokok di sebuah kedai serbaneka dan tiba-tiba datang seorang lelaki menembaknya beberapa kali.

“Kita percaya suspek menembak sebanyak tiga das tembakan dan kena pada perut mangsa,” jelasnya.

Menurut Mohd. Zani, suspek yang memakai baju berwarna hitam dan putih kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta berwarna putih.

Jelasnya, setakat ini motif kejadian masih disiasat dan kita percaya terdapat beberapa suspek lain turut terlibat.

“Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN