Lelaki bunuh dan buang mayat dalam kumbuhan didakwa esok - Utusan Malaysia

Lelaki bunuh dan buang mayat dalam kumbuhan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung di sini Isnin lepas, akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A.A Anbalagan berkata, polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang hari ini dan PPN bersetuju untuk mendakwa lelaki berusia 29 tahun itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Tempoh reman lelaki yang ditahan Selasa lepas itu tamat semalam dan Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan dia di sambung reman sehingga 9 Oktober ini, namun kami telah melengkapkan siasatan kes tersebut lebih awal dan lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada jam 8 pagi esok,”katanya di sini.

Mayat mangsa ditemukan menantu lelakinya pada 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah, selepas wanita berusia 63 tahun itu dikatakan hilang sejak 19 September lepas dan anggota keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 September.

Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudang berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN