BALIK PULAU – Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung di sini Isnin lepas, akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Balik Pulau. Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A.A Anbalagan berkata, polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang hari ini dan PPN bersetuju untuk mendakwa lelaki berusia 29 tahun itu di bawah Seksyen 302…










