AUSTIN 18 Okt. – Seorang lelaki yang disabitkan atas jenayah kebencian kerana membakar sebuah masjid di Texas, dijatuhi hukuman penjara hampir 25 tahun semalam.
Marq Perez, 26, membakar Pusat Islam Victoria, terletak 200 kilometer di barat daya Houston pada 2017.
Jenayah itu dianggap kumpulan hak asasi Islam sebagai sebahagian gelombang meningkat ketaksuban terhadap komuniti Islam di Amerika Syarikat (AS).
Dia disabitkan Julai lalu atas kesalahan jenayah kebencian kerana membakar Pusat Islam Victoria pada 28 Januari 2017 selain bersalah menggunakan kebakaran dalam melakukan kesalahan persekutuan serta memiliki peranti pemusnah tidak berdaftar dalam insiden berasingan namun berkaitan, kata Jabatan Kehakiman AS. – REUTERS










