IPOH – Tindakan licik pemilik sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini yang menyembunyikan gadis pelayan pelanggan (GRO) di dalam sebuah bilik rahsia ketika serbuan dilakukan akhirnya terbongkar selepas pihak berkuasa menemui pintu masuk ke bilik itu kelmarin.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, lebih dua jam masa yang diperlukan untuk mengesan 14 GRO warga China dan Vietnam yang menyorok di dalam sebuah bilik kecil di belakang panel suis elektrik di premis terbabit.
Menurutnya, pada awal serbuan bermula pukul 9 malam itu, pasukan imigresen tidak menemui seorang pun GRO di dalam pusat hiburan tersebut seperti didakwa orang awam yang membuat aduan kepada pihaknya.
“Keadaan ini sangat menghairankan, namun usaha keras pegawai dan anggota kami selama lebih dua jam, akhirnya bilik persembunyian yang sangat kecil tetapi dilengkapi minuman sebagai bekalan dijumpai di belakang panel suis elektrik.
“Selain GRO, pihak berkuasa juga menahan 13 pekerja premis terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan awal pagi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










