KEMAMAN 6 Okt .- Seluruh kawasan Jalan Padang, Cukai sepanjang lebih 500 meter akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai Januari tahun depan. Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd Anuar Abd. Rahman berkata, langkah ke arah penguat kuasaan itu seiring dengan pelaksanaan pendekatan Kemaman Bebas Asap Rokok (KBAR) bagi menghindar tabiat buruk yang merendahkan kualiti kesihatan masyarakat itu daripada berleluasa. “Kawasan ini bermula dari persimpangan jalan masuk iaitu hadapan Ibu Pejabat…










