Lebih 1,000 serbu PUC Sport - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 serbu PUC Sport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 15 Okt. – Lebih 1,000 orang menyerbu kedai pakaian sukan, PUC Sport sempena jualan cuci gudang serendah RM10 di Jalan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Lelongan barangan sukan tersebut bermula hari ini sehingga Ahad depan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pemilik PUC Sport, Mohd. Shukry Pauzi berkata, pihak menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi sesetengah item yang dijual.

“Antara barangan sukan yang dilelong adalah set jersi, jersi kanak-kanak, beg, kasut bola, seluar The Ted Warriors, Jersi rasmi pasukan Kelantan dan sandal.

“Ini merupakan kali pertama pihak kami membuat lelongan dan harga paling murah sepanjang PUC SPORT beroperasi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, sekarang adalah masanya untuk peminat pakaian sukan untuk mendapatkan koleksi barangan PUC Sport yang berkualiti dan murah.

Malah kata Mohd. Shukry, pihaknya akan turut memberikan jersi secara percuma dan untuk keterangan lanjut boleh menghubungi talian 0143897859. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN