KUALA LUMPUR – Lebih 100 orang mengadakan demonstrasi di hadapan Parlimen bagi membantah pelaksanaan gaji minimum RM1,050 yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini. Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, J. Solomon berarak ke pintu masuk Parlimen sambil melaungkan slogan Tolak 1050. Turut serta pada sesi demonstrasi itu adalah 17 wakil pertubuhan bukan kerajaan, antaranya Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).…








