Latihan kecemasan pesawat terhempas di KIA - Utusan Malaysia

Latihan kecemasan pesawat terhempas di KIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) hari ini menjayakan latihan kecemasan berskala besar yang menyaksikan simulasi pesawat terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Pengurus Lapangan Terbang KIA, Jun Iskandar Murshdi berkata, melalui latihan itu MAHB dapat menilai tahap keberkesanan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan terutamanya insiden pesawat terhempas.

“Latihan ini adalah untuk menguji tahap kesiapsiagaan kesemua agensi pengoperasian di lapangan terbang ini,” katanya kepada pemberita selepas latihan kecemasan itu.

Latihan kecemasan itu disertai 200 peserta daripada 12 agensi yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Kementerian Pengangkutan selain AirAsia dan Malindo Air. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN