SHAH ALAM 17 Okt. – Laporan lengkap ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap penemuan mayat di kunci air Bukit Naga, Seksyen 32 di sini dipercayai pelajar institusi pengajian tinggi swasta, Amir Hamzah Mohd. Rozali akan diketahui selewat-lewatnya minggu ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, spesimen DNA mangsa telah diserahkan kepada Jabatan Kimia dan pihaknya sedang menunggu keputusan laporan tersebut. Menurut beliau, setakat ini, pengecaman dan pengesahan cap jari tidak boleh dilakukan berikutan mayat sudah mengalami proses pereputan serta jari mangsa sudah menggelupas. “Walaupun semalam beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya