Lapor pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya kepada badan siasatan - Utusan Malaysia

Lapor pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya kepada badan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Semua pihak yang mempunyai mempunyai apa-apa maklumat mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 diminta supaya melaporkan pelanggaran tersebut kepada mana-mana badan penyiasatan.

Dalam kenyataan hari ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, apa-apa tuduhan pelanggaran mana-mana peruntukan akta tersebut berada di dalam bidang kuasa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelasnya, pihak SPR tidak mempunyai kuasa siasatan mahupun kuasa pendakwaan kesalahan-kesalahan pilihan raya. 

“Malah SPR juga tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menyiasat mana-mana calon pilihan raya atau parti yang diwakilinya untuk apa-apa pelanggaran undang-undang pilihan raya terutamanya peruntukan perundangan akta tersebut,” katanya.

“Dengan ini SPR ingin menyarankan kepada semua pihak yang secara peribadi mempunyai apa-apa maklumat mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah akta tersebut, supaya melaporkan pelanggaran tersebut kepada mana-mana badan penyiasatan berkenaan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN