KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pemuda UMNO menyifatkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melepaskan aset bukan teras dan bukan strategik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sebagai usaha menutup kelemahan sendiri. Naib Ketuanya, Shahril Sufian Hamdan mendakwa, langkah drastik itu dibuat semata-mata mahu mengambil jalan pintas mendapatkan pulangan jangka pendek ekoran banyak pelaburan PNB mencatat prestasi buruk selepas PH memerintah. Ujarnya, tindakan tersebut juga umpama menodai kepentingan…










