Langgar lari: Polis jejaki Hyundai BHS 7999 - Utusan Malaysia

Langgar lari: Polis jejaki Hyundai BHS 7999

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 18 Okt. – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan jenis Hyundai bernombor pendaftaran BHS 7999 yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di hadapan Shaftbury di sini petang semalam.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kita sedang mengesan pemilik kenderaan itu yang telah melarikan diri sejurus kemalangan berlaku,” katanya di sini hari ini

Seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi, Wan Amirah Wan Alias, 31, maut dalam satu kes kemalangan langgar lari itu.

Kes kemalangan tersebut menjadi tular selepas sebuah video yang dipercayai dirakamkan di tempat kejadian menunjukkan mangsa dilanggar dan diseret oleh sebuah kenderaan ketika hendak melintas jalan.

Difahamkan, mangsa Wan Amirah yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales meninggal dunia awal pagi hari ini selepas dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN