Landasan di Palu rosak, pesawat A400M bawa bantuan tidak dapat mendarat - Utusan Malaysia

Landasan di Palu rosak, pesawat A400M bawa bantuan tidak dapat mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIKPAPAN – Pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menerbangkan bantuan kemanusiaan berupa makanan dan jentera berat untuk misi kemanusiaan bencana gempa dan tsunami di Sulawesi hanya dibenarkan membawa bantuan tersebut ke Balikpapan di Kalimantan.

Pegawai Memerintah 22 Skuadron, Leftenan Kolonel Baharin Mohamad berkata, keputusan supaya pesawat itu tidak mendarat di Palu, iaitu kawasan yang terlibat dengan bencana itu dibuat atas faktor keselamatan.

“Kita difahamkan terdapat sedikit kerosakan pada landasan di Palu dan pihak berkuasa Indonesia tidak membenarkan pendaratan pesawat besar seperti A400M.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari Balikpapan, barang bantuan kemanusiaan akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130H milik TUDM dan pesawat Tentera Udara Indonesia, yang juga pesawat C-130H,” katanya yang menyertai misi bantuan kemanusiaan TUDM ke Sulawesi di sini hari ini.

Menurutnya, pesawat A400M mampu mendarat pada jarak kurang daripada 6,000 kaki panjang landasan dan berlepas pada jarak 3,500 kaki. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini