MENJADI kebiasaan buat Hamzah Ahmad Zainuddin, 66, untuk menguatkan bunyi nada suara televisyen ketika menonton berita atau rancangan lain. Sesekali isterinya akan menegur perbuatan itu jika bunyinya terlalu kuat sehingga mengganggu keselesaannya. Begitu pun, Hamzah bukan sengaja ingin menguatkan nada suara peti televisyen berkenaan. Ia disebabkan dia mengalami masalah pendengaran. “Ada masanya ketika saya menonton televisyen, isteri atau anak-anak akan menegur kerana bunyi televisyen kuat sekali. “Bagaimanapun, mereka memahami masalah…