KUALA LUMPUR – Semua negeri diminta mula melaksanakan caj pencemaran terhadap beg plastik yang digunakan premis seperti pasar raya besar dan restoran dalam tempoh tiga tahun bermula 2019. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, ini merupakan sebahagian daripada Fasa Satu (2019-2021) pelan tindakan Kementerian ke arah sifar penggunaan plastik 2018-2030 yang dilancarkan di sini hari ini. “Kerajaan negeri boleh membuat keputusan tentang cara bagaimana ia akan dilaksanakan,” katanya. Bee Yin berkata, dana yang dikumpulkan menerusi caj itu boleh digunakan antara lain untuk kempen kesedaran atau memberi beg membeli-belah yang boleh diguna semula kepada orang ramai. Beliau juga menjelaskan bahawa skim tiada penggunaan straw di kedai makanan juga dapat menyumbang ke arah mengurangkan buangan sisa plastik. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya