KUCHING 6 Okt. – Seorang guru wanita kerugian RM39,574.09 selepas terpedaya dengan seorang lelaki mendakwa diri warga Amerika Syarikat yang mahu memberinya hadiah. Mangsa berusia 47 tahun berkenalan dengan seorang jejaka di laman sosial Facebook menggunakan nama Fred Stevens William Fernando yang mendakwa dirinya askar pada pertengahan September lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, kejadian berlaku antara 14 September hingga 2 Oktober…










