Kuku Harimau masih tumpul - Utusan Malaysia

Kuku Harimau masih tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 17 Okt. – Masalah ketumpulan sentuhan penyudah menjadi isu yang masih membelenggu skuad Harimau Malaya apabila mencipta banyak peluang untuk menghasilkan gol ketika berdepan dengan Kyrgyzstan, namun berkesudahan dengan kalah 0-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.

Ketua jurulatih kebang­saan, Tan Cheng Hoe bagai­manapun tetap yakin perkara itu akan dapat diatasi dengan kehadiran beberapa pemain diperlukan oleh skuad negara dalam kem latihan mereka seterusnya untuk menghadapi kejohanan Piala AFF 2018 nanti.

“Dalam perlawanan ini kita dapat belajar pelbagai aspek seperti serangan, kombinasi, corak permainan yang diterap­kan, selain mereka mampu mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan menguji benteng lawan.

“Saya lihat lebih ba­nyak perkembangan positif berbanding perkara negatif de­ngan perubahan mutu pasukan biar pun bahagian serangan tidak berapa menjadi, banyak kali peluang itu terlepas, namun pada masa depan kita mampu hasilkan gol,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Perlawanan dengan Kyrgyzstan juga, katanya, me­ngajar pasukannya bagaimana untuk menghadapi pasukan lawan yang memiliki kelebihan dari segi fizikal dan taktikal.

Cheng Hoe berkata, menang atau gagal bukan perkara utama untuk pasukannya dari­pada perlawanan itu tetapi yang lebih penting adalah pemain belajar dan memperbaiki kelemahan bagi meng­hadapi perlawanan seterusnya.

Mengulas mengenai kecederaan lutut kiri yang dialami oleh Matthew Davies ketika sesi latihan Ahad lalu, Cheng Hoe berkata, pemain pertahanan itu dinasihatkan supaya berehat selama dua ming­gu lagi.

“Kami akan hantar Matthew buat pemeriksaan lanjut dalam masa terdekat dan saya harap dia dapat kembali bermain dalam perlawanan persahabatan ketiga menentang pasukan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November ini,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kyrgyzstan, Alexander Krestinin berkata, Malaysia telah memberikan mereka saingan sengit menyebabkan pemainnya terpaksa bekerja keras sebelum berjaya meraih kemenangan tipis dalam aksi persahabatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN