BUKIT MERTAJAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah melupuskan pelbagai barangan berjenama tiruan serta cakera padat (CD) melibatkan 175 kes bernilai RM1.26 juta bermula Januari hingga Oktober tahun ini. Pengarahnya, Mohd Ridzuan Abd Ghapar berkata, jumlah kes tersebut adalah berdasarkan kes rampasan barangan perlanggaran ke atas harta intelek mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hakcipta 1987. “Kesemua barangan itu dilupuskan setelah KPDNHEP Pulau Pinang mendapat kebenaran mahkamah untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini. Katanya, pelupusan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya