KAMPAR – Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera parah selepas Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 21.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Sawarul Isam Ismail,37, yang bertugas di Balai Polis Kuala Dipang patah tulang paha kanan dan kini dirawat di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron…









