DALAM satu sesi temubual dengan pihak media pada akhir September lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas mendedahkan wujudnya ratusan kontrak pincang antara kerajaan dahulu dengan beberapa syarikat tempatan dan luar negara. Pada awalnya, Jabatan Peguam Negara tidak menyedari betapa besar sekali jumlah kontrak sedemikian. Ada kontrak bina lebuh raya, kontrak perkhidmatan, kontrak PFI (private finance initiative) seperti `bina-pajak-senggara-dan-pindah’, kontrak bina pelabuhan dan sebagainya. Terdapat 46 kontrak PFI, 350 kontrak jenis-jenis lain…










