ISTANBUL 16 Okt. – Konsulat Arab Saudi di Istanbul meninggalkan bandar tersebut hari ini untuk pulang ke Riyadh ketika Turki bersiap sedia untuk mengadakan siasatan di kediamannya berhubung kehilangan wartawan Jamal Khashoggi.
Konsulat Jeneral Mohammed al-Otaibi berlepas ke Riyadh dengan menaiki penerbangan pada pukul 2 waktu tempatan dari Istanbul.
Kementerian Luar Turki menyatakan negara ini tidak mengusir Mohammed keluar dari Istanbul dan itu adalah keputusan beliau sendiri. – AFP










