Kiosk jualan digital BingoBox dilancar - Utusan Malaysia

Kiosk jualan digital BingoBox dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Scientific Retail Sdn. Bhd. melancarkan kiosk jualan digital, BingoBox Retail Technology (BingoBox) yang beroperasi tanpa tenaga kerja manusia serta dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan yang canggih.

Ketua Pegawai Eksekutif Scientific Retail, Ng Seong Ping berkata, kiosk itu merupakan usahasama antara sekumpulan pelabur Malaysia dengan syarikat BingoBox China.

Menurut beliau, BingoBox menawarkan para peruncit dengan pelbagai kelebihan seperti pengurusan kos yang lebih cekap, fleksibel, selamat dan beroperasi selama 24 jam setiap hari.

“Pelanggan akan menikmati pengalaman beli-belah yang lancar dan mudah. Teknologi kami boleh digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan antaranya fesyen, makanan dan minuman (F&B), peruncitan serta barangan elektronik.

“Platform jualan yang fleksibel ini membolehkan ia ditempatkan di mana-mana kawasan yang memiliki potensi termasuk apartment, bangunan komersial, institusi pendidikan dan hab pengangkutan,” katanya dalam majlis pelancaran BingoBox di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN