Khabib diberi sambutan wira di Dagestan - Utusan Malaysia

Khabib diberi sambutan wira di Dagestan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAGESTAN, Rusia 9 Okt. – Sambutan wira menanti Khabib Nurmagomedov sebaik sahaja tiba di Rusia semalam selepas melakar kemenangan sensasi dan kontroversi ke atas Conor McGregor di Las Vegas, hujung minggu lalu.

Khabib tiba di tanah airnya, lewat petang semalam, dan disambut ribuan penyokongnya mahu melihat juara lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) itu dengan lebih dekat.

Lebih 26,000 penonton membanjiri stadium bola sepak Anzhi Arena di Kaspiysk, Dagestan untuk mendengar Khabib memberi ucapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejurus dia berucap dan me­nunjukkan tali pinggang kemenangan yang diraih, peminat bersorak gembira sebelum menyerbu ke dalam padang untuk meraikan petinju kesayangan mereka.

Biarpun ruang padang tiba-tiba dipenuhi manusia, namun keriuhan yang berlaku tidak sama seperti kekecohan yang dicetuskan Khabib di T-Mobile Arena, Ahad lalu apabila dia melompat keluar dari gelanggang dan menyerang kem McGregor sejurus tamat pertarungan.

Khabib, 30, memohon maaf atas tindakannya sejurus selepas insiden itu berlaku, namun dia menjelaskan, tindakan tersebut dibuat kerana sudah tidak tahan dengan provokasi melampau McGregor yang menghina Islam, keluarga serta negaranya.

Atlet berusia 30 tahun itu sepatutnya menerima wang tunai AS$2 juta (RM8.30 juta) tetapi buat masa ini, hadiah tersebut telah ditahan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini