Khabib akan kekal bersama UFC – White - Utusan Malaysia

Khabib akan kekal bersama UFC – White

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES, Amerika Syarikat – Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White akhirnya membuka mulut berhubung isu ancaman pe­tinju profesional dari Rusia, Khabib Nurmagomedov untuk meninggalkan gelanggang UFC baru-baru ini.

Khabib membuat ugutan tersebut selepas tindakan berat sebelah organisasi ber­kenaan yang dikatakan akan mengharamkan rakan sepa­sukannya, Zubaira Tukhugov daripada sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Bagaimanapun, White semalam mengesahkan bahawa Khabib akan kekal dalam arena sukan tersebut dan memberi jaminan bahawa hubu­ngan mereka masih baik tanpa sebarang prejudis dan berat sebelah.

“Kami tidak memiliki masalah dengan Khabib bahkan saya yakin kami akan menemui titik persamaan. Jelas, dia berasa kecewa de­ngan situasi tersebut dan tidak boleh menahan marah.

“Lelaki boleh jadi emosi dan pertarungan hari ber­kenaan sangat memberi kesan kepada dirinya. Pada akhirnya nanti, Khabib merupakan seorang lelaki yang baik dan kami selalu mengekalkan hubungan baik dengannya.

Dalam pada itu, White de­ngan pantas menafikan sebarang kemungkinan mengenai perlawanan semula antara Khabib dan jaguh dari Republik Ireland, Conor McGregor.

“Saya tidak tahu menahu mengenainya. Kami juga belum membincangkan me­ngenai perkara itu ketika ini,” ujar White. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN