KUALA LUMPUR 12 Okt. – Seorang ketua polis daerah di Sarawak berpangkat Deputi Superintenden direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM15,000 daripada pemilik kedai nombor ekor haram. Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Faizal Che Saad di Mahkamah Sibu hari ini. Menurut sumber, suspek yang berumur 42 tahun itu ditahan pada pukul 9.15 malam semalam di sebuah kedai makan di Sibu, Sarawak. “Wang tersebut diminta suspek daripada pengadu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas kedai nombor haram miliknya,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya