KUALA LUMPUR 5 Okt. – Seorang ketua jabatan fasiliti di sebuah syarikat pemaju hartanah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan menakutkan isteri ketiganya dengan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan menyatakan akan mengupah ah long untuk menghantar asid dan parang panjang kepada mangsa. Salim Mohamod Shafie, 55, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa dilakukan di dalam bilik di sebuah rumah di Jalan Mewah 1/3,…










