PORT DICKSON 6 Okt. – Kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkempen bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bagan Pinang di sini pada Isnin ini memadamkan spekulasi tentang hubungan antara mereka. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kehadiran Dr. Mahathir amat dihargai kerana beliau biasanya tidak menyertai kempen pilihan raya kecil (PRK) termasuk semasa menjadi Pengerusi Barisan Nasional. “Ini akan meredakan cakap-cakap sesetengah pihak yang…










