RAWANG 7 Okt. – Kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Sungai Bakau di sini beberapa minggu lalu bukan perkara baharu bahkan telah berulang sejak 2004. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Rawang Emerald dan Sungai Bakau mendapati beberapa laluan penduduk kerap ditenggelami air apabila berlaku hujan selama beberapa jam. Dalam kejadian pada 26 September lalu, sebanyak 16 pengguna jalan raya yang terperangkap akibat banjir kilat sedalam satu meter sebelum diselamatkan…










