JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia Johor mengesahkan siasatan terhadap pegawainya yang didakwa menghalang seorang rakyat Singapura dari memasuki negara ini dengan merosakkan pasport milik individu tersebut dengan sengaja, masih dijalankan. Pengarahnya Datuk Rohaizi Bahari berkata, kes berkenaan masih di peringkat siasatan dan pihaknya memandang serius terhadap perlakuan tersebut. “Kes masih lagi dalam siasatan dengan melihat bukti-bukti dengan terperinci termasuk rakaman litar tertutup,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini…










