Kes Hassan al-Kontar diserah pada Jabatan Imigresen - Utusan Malaysia

Kes Hassan al-Kontar diserah pada Jabatan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 17 Okt. – Polis telah menyerahkan kes lelaki warga Syria, Hassan al-Kontar yang ditahan kerana berada di kawasan pelepasan KLIA2 sejak Mac lalu kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan seterusnya.

Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, Jabatan Imigresen akan menentukan sebarang tindakan terhadap lelaki itu termasuk proses pengusiran.

“Kita hanya menangkapnya kerana dia berada di kawasan larangan hampir enam bulan dan telah berada di negara ini lebih tempoh daripada ditetapkan.

“Polis telah menyerahkan lelaki itu kepada imigresen pada 5 Oktober lalu dan seterusnya tertakluk kepada jabatan terlibat bagi mengambil sebarang tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan sempena Ulang Setahun Penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA di sini hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, Hassan yang berada di kawasan larangan di KLIA2 sejak Mac lalu telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hassan, 36, yang mendakwa tinggal di lapangan terbang tersebut sejak 7 Mac lalu kerana bimbang ditangkap jika dihantar pulang ke Syria.

Sebelum ini, Hassan menghantar blog video mengenai kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media antarabangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN