WAHAI YB Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah. Dasar luar adalah instrumen yang digunapakai untuk menentukan hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan negara berdaulat yang lain. Kami yang tak jadi menteri pun faham.
Kami sebagai orang awam memanglah tak berapa nak mahir fasal benda-benda ini kalau nak dibandingkan dengan Mantan Menteri Luar Negeri yang berpengalaman luas selama 9 tahun.
Tapi kami bingung dengan apa yang YB Menteri Luar baharu cuba maksudkan dengan kerangka dasar luar Malaysia baharu.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Definisi : 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn pengguna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangkanya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
kerangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka-rangka: tulang-tulang, rongkong,
2. Bersinonim dengan draf: rangka, konsep, lakaran, garis kasar,
Kata Terbitan: terkerangka
Dipendekkan cerita beginilah, sudah ada kerangka kerja tapi nak dicadangkan dengan kerangka lain atau senang cakap kerangka baharu sedangkan semua dasar itu sudah pun ada.
Ataupun isinya yang sama diceduk dari dasar luar sedia ada di zaman pentadbiran PM Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya diberi nama baru atau kulit yang baru.
Kalau disebut penambahbaikan atau penambahan lain, bolehlah cerita tetapi kenapa perlu ada kerangka-kerangka?
Kalau setakat nak ‘bergaduh’ disebabkan perkataan kerangka, sebaik-baiknya hentikanlah manipulasi bahasa tu. Let’s call a spade a spade.
YB Menteri Luar Negeri tak perlulah cakap seolah-olah mesyuarat tidak pernah buat, walhal pre-council selalu dibuat dan mesyuarat lain oleh Mantan-Mantan Menteri Luar sebelum awak.
Usahlah berperangai kebudak-budakan. Mesyuarat kalau sentiasa dilakukan tetapi hasilnya ciput sangat, tiada gunanya. Memang tidak cerdiklah cara seorang yang bergelar menteri luar sekarang berhujah.
Eh kami takkan lupa kebijaksanaan YB Menteri Luar Negeri baharu menulis di twitter bahawa di negara mana YB suka dan yang YB benci tetapi terpaksa berurusan.
Tak diplomatik langsung… bak kata ore Kelate, mu kabar ke dok?
Sepanjang sembilan tahun bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menggalas tanggungjawabnya, beliau telah melakukan yang terbaik demi berkhidmat untuk negara dan rakyat.
Datuk Seri Anifah tidak pernah berbuat sesuatu yang mengelirukan rakyat ataupun menyinggung perasaan rakan-rakan sejawat dari negara lain.
Sebagai seorang yang berprinsip, apabila tidak bersetuju dengan sesuatu perkara beliau akan nyatakan secara jelas kerana keutamaan beliau sentiasa untuk kepentingan rakyat dan negara.
Sebagai contoh penyerahan resolusi 2344 di UNSC yang menciptakan sejarah bagi Malaysia adalah semasa Dato’ Sri menjadi Menteri Luar Negeri.
Banyak kejayaan yang telah dilakukan antaranya mendapatkan kotak hitam daripada pemberontak Ukraine serta proses rundingan untuk mengimbangi isu Laut Cina Selatan.
Jadi, YB Menteri Luar Negeri Baru sangat tidak bijak untuk bersikap sombong.
Kesalahan di twitter itu sendiri adalah bukti nyata kesilapan YB. Rasanya YB tak perlulah konar sana konar sini nak tengakkan benang basah, terima sahajalah teguran dengan hati yang terbuka. Macamana nak jadi seorang pemimpin kalau tidak berjiwa besar dan mental cepat koyak.
Dina Latifah Binti Shahabudin









