Kerajaan tidak akan mansuhkan Cukai Pelancongan - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak akan mansuhkan Cukai Pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Okt.- Kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap pelancong asing yang masuk ke negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, cukai berkenaan akan diteruskan pelaksanaannya demi kebaikan kepada negara.

“Kita tidak bercadang untuk memansuhkan Cukai Pelancongan atau ‘Tourism Tax’, cukai tersebut akan dikekalkan kerana memberi keuntungan kepada negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika dilihat pada nilai cukai iaitu sebanyak RM10 dan dibandingkan dengan nilai matawang mereka, ia hanya jumlah kecil yang perlu dibayar ketika melancong ke negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai rungutan pelancong asing berhubung Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap transaksi kemasukan mereka ke Malaysia.

Mengulas lanjut Mohamaddin berkata, kerajaan juga tidak bercadang untuk menaikkan kadar cukai terbabit buat masa ini kerana ia dilihat masih berpatutan.

“Buat masa ini kita belum memutuskan sebarang keputusan untuk kenaikan kadar Cukai Pelancongan terbabit.” jelasnya.

Malaysia mula melaksanakan Cukai Pelancongan selepas parlimen meluluskan pelaksanaannya yang bermula pada 1 September tahun lalu.

Terdahulu Mohamaddin hari ini merasmikan sambutan Hari Sukan Negara peringkat kementerian yang disertai kira-kira 500 kakitangan kementerian dan agensi-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini