KUALA LUMPUR 9 Okt. – Kerajaan akan mengurangkan pembabitan langsungnya terhadap pemilikan ekuiti di dalam syarikat dan akan memberi peluang kepada sektor swasta untuk menerajui ekonomi. LIM GUAN ENG Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pentadbiran baharu kerajaan percaya dengan prinsip untuk tidak mencampuri urusan perniagaan dan sebaliknya akan memperbanyakkan program bagi mempermudahkan sektor swasta mencapai potensi mereka. “Kami akan mempermudahkan sektor swasta dan mengurangkan pembabitan oleh kerajaan. “Sebagai tambahan,…










