KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kerajaan sedang mengkaji untuk merombak sukatan pelajaran yang kini digunakan di sekolah-sekolah bagi tujuan memantapkan perpaduan dan meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy. Beliau berkata, sukatan pelajaran itu harus memberi penekanan kepada kepelbagaian budaya supaya kanak-kanak di Malaysia memahami satu sama lain demi memupuk perpaduan yang lebih kukuh menerusi pendidikan. “Kanak-kanak perlu dididik dengan sejarah negara dan dari mana asal nenek moyang kita dan apa sumbangan mereka kepada negara agar tiada lagi prejudis antara sesama mereka,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya