LONDON 21 Okt. – Jose Mourinho akui keputusan seri 2-2 menentang Chelsea dalam kempen Liga Perdana Inggeris adalah sesuatu yang amat perit diterima oleh Manchester United terutama selepas Ross Barkley menyamakan kedudukan di Stamford Bridge. Dalam perlawanan tersebut Chelsea terlebih dahulu mendapatkan jaringan pada minit ke-21 menerusi Antonio Rudiger sebelum United bangkit menjadikan kedudukan 2-1 hasil dua gol daripada Anthony Martial pada minit ke-55 dan ke-73. Bagaimanapun, ketika United hampir…










