KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan untuk Pemilihan PKR 2018 ditangguh kerana masalah teknikal. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid Din berkata, justeru, keputusan pemilihan yang sebelum ini dimuat naik dalam laman sesawang Pemilihan PKR 2018 bagi kedua-dua negeri itu masih gagal dipaparkan dalam laman berkenaan. “Kita sedang selesaikan masalah ini dan diharap keputusan boleh dimuat naik selewat-lewatnya petang ini bersama keputusan tujuh cabang…










