LONDON 28 Okt. – Keputusan syarikat perintis perkakasan elektrik di Britain, Dyson memilih Singapura sebagai tapak untuk menubuhkan kemudahan pengeluaran kereta elektriknya yang pertama, mencetuskan kritikan terhadap pengasasnya kerana tidak melabur di negaranya sendiri. Dyson yang diasaskan dan dimiliki oleh seorang usahawan yang lantang bersuara menyokong Brexit, James Dyson berkata, kilang pembuatan kereta elektrik itu dijadualkan siap pada 2020. Ia adalah sebahagian daripada pelaburan global syarikat tersebut dalam membangunkan teknologi baharu dengan jumlah keseluruhan bernilai £2.5 bilion (RM13.49 bilion). Syarikat itu yang terkenal di serata dunia dengan peralatan pembersih vakum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya