SAYA telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai pramugari di dalam syarikat penerbangan negara. Saya telah menjelajah ke serata dunia dan menjejakkan kaki ke banyak negara.. Pada suatu hari ketika di dalam penerbangan menuju ke Frankfurt…” Nora terdiam sambil mengetap bibirnya. Dia menanggalkan cermin matanya. Matanya mulai berkaca-kaca. Ustazah Haniah tenang di hari pertama mengendalikan kelas mengaji dewasa pengambilan pertama pada tahun ini. “Ketika di dalam penerbangan ke Frankfurt, sewaktu saya…










