Kempen tukar produk cecair kepada pepejal - Utusan Malaysia

Kempen tukar produk cecair kepada pepejal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 30 Okt. – Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) negeri melaksanakan Inisiatif Sifar Sisa bagi mengajak orang ramai meninggalkan produk-produk berbentuk cecair yang dipasarkan dalam botol plastik.

Pengerusi MNS negeri, Noor Jehan Abu Bakar berkata, ini kerana, seperti diketahui umum plastik merupakan antara bahan pencemar terburuk kepada bumi.

“Sasaran utama kita tiga produk iaitu syampu, losyen dan deodoran yang mana diketahui umum produk ini dijual bentuk cecair dan botol plastik.

“Sebagai alternatifnya, kita tampil dengan tiga produk ber­kenaan yang dihasilkan dalam bentuk pepejal dan yang sifar sisa serta konsep ini tiada melibatkan pembungkusan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Noor Jehan berkata, syampu, losyen dan deodoran dipilih kerana tiga produk berkenaan antara yang banyak digunakan oleh pengguna di negara ini.

“Sebagai contoh, botol deodoran, botol ini dianggap sebagai botol tidak berguna kerana tidak boleh diisi semula, tidak boleh digunakan semula dan tidak boleh dikitar semula, tetapi pastinya orang ramai masih mahu menggunakan deodoran.

“Jadi, untuk kita mengajak orang ramai meninggalkan produk ini memang tidak boleh, jadi kita menyediakan alternatif iaitu deodoran dalam bentuk pe­pejal, begitu juga dengan ­syampu dan juga losyen,” ujarnya.

Beliau berkata, matlamat Inisiatif Sifar Sisa tersebut bertujuan mengubah 100 peratus sampah yang dijana dan dihantar ke tapak pelupusan kepada peningkatan kitar semula, pengkomposan dan pengurangan sampah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN