PORT DICKSON – Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak terlalu yakin untuk menang dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson kerana kemenangan di kawasan ini didakwa akan ditentukan oleh kumpulan pengundi tempatan digelar YY Connection. Pentadbir YY Connection, Kapten (B) Loo Choon Chew, 60, mendakwa kumpulan yang dianggotai kira-kira 10,000 orang terdiri daripada pelbagai latar kerjaya seperti peguam, jurutera, pesara anggota keselamatan, pemimpin masyarakat dan nelayan bakal menjadi penentu kemenangan calon di Port Dickson. “Di Port Dickson ada satu pertubuhan tidak rasmi digelar YY Connection. Kumpulan ini memiliki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya