LONDON 10 Okt. – Ultimate Fighting Championship (UFC) telah membebaskan Khabib Nurmagomedov daripada sebarang hukuman dan kemenangan jaguh Rusia itu tidak akan dilucutkan selepas dia menewaskan Conor McGregor dalam pertarungan merebut tali pinggang lightweight. Sebaliknya, McGregor dari Ireland digantung selama sebulan oleh UFC (Ultimate Fighting Championship) kerana gagal dalam pemeriksaan perubatan selepas kalah kepada Nurmagomedov di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat Sabtu lalu. McGregor mengangkat bendera putih dalam pusingan keempat perlawanan, dan sebaik sahaja pengadil memberhentikan perlawanan, Khabib melompat keluar dari gelanggang berpagar untuk menyerang rakan berlatih McGregor, Dillon Danis.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya