KUALA LUMPUR 19 Okt. – Isteri Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah Khamis hadir menunggu di Mahkamah Sesyen di sini sejak pukul 8 pagi bagi mengikuti prosiding kes terhadap suaminya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Yang turut ada di galeri awam dalam mahkamah ialah anak sulung pasangan itu, Datuk Nurulhidayah bersama suami, Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff; dua anak lelaki, Ahmad Khairul Hafiz dan Ahmad Khairul Haziq serta tiga adik-beradik Ahli Parlimen Bagan Datuk itu iaitu Datuk Mohd. Lokman, Samahah dan Najmah .
Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad. – UTUSAN ONLINE










