Kelibat Wenger kembali Januari ini - Utusan Malaysia

Kelibat Wenger kembali Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Okt. – Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan akan kembali ke dalam kancah bola sepak selewat-lewatnya seawal tahun depan selepas mendapat cukup rehat dan bersedia untuk bekerja semula.

Bercakap kepada sebuah akhbar Jerman, Bild, pengendali berusia 68 tahun itu berkata, dia menerima tawaran dari seluruh dunia tentang bila mahu kembali aktif namun belum membuat sebarang keputusan.

“Saya percaya akan mula (bertugas) pada 1 Januari ini. Tetapi saya tidak tahu tempatnya di mana lagi. Ada tawaran dari persatuan bola sepak, pasukan kebangsaan dan kemungkinan ke Jepun pun ada,” kata Wenger yang berada 22 tahun di Arsenal. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN